Self love adalah penghargaan dan penerimaan diri, di mana kita mengakui nilai dan keunikan kita tanpa syarat. Self love adalah foundation untuk kita menjalani kehidupan yang lebih bahagia.
SELF LOVE
Saya nak kongsikan beberapa cara untuk amalkan self love. Self love ni penting supaya kita boleh rasa lebih bahagia dan yakin dengan diri sendiri.
Makan makanan berkhasiat bukan sahaja baik untuk badan kita, tapi juga untuk minda kita. Contohnya, mulakan hari anda dengan sarapan sihat seperti oatmeal dengan buah-buahan segar atau smoothie hijau. Bila kita makan makanan yang sihat, kita akan rasa lebih bertenaga dan positif!
Tak perlu keluarkan duit banyak untuk spa day. Anda boleh buat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang ada. Contohnya, buat masker muka dari yogurt dan madu, rendam kaki dalam air suam dengan garam, dan pasang lilin wangi untuk suasana yang tenang.
Cuba berdiri di depan cermin setiap pagi dan ucapkan kata-kata positif kepada diri sendiri. Contohnya, saya hebat, saya cantik, saya mampu capai apa yang saya impikan. Ini mungkin rasa janggal pada mulanya, tapi lama-kelamaan anda akan rasa lebih yakin dengan diri sendiri.
Tidak semestinya kena buat mantera, tapi lakukan sesuatu yang buat anda rasa istimewa. Contohnya, tulis kata-kata motivasi di atas kertas dan letakkan di tempat yang anda selalu lihat seperti cermin bilik tidur atau peti sejuk. Setiap kali baca, ia seperti memberi semangat baru kepada anda.
Source From Pinterest |
Luangkan masa untuk tulis surat cinta kepada diri sendiri. Beritahu diri anda betapa bangganya anda dengan pencapaian dan kelebihan yang anda miliki. Baca surat itu setiap kali anda rasa kurang bersemangat, dan ingatlah bahawa anda adalah insan yang istimewa.
Ambil sehelai kertas dan tulis semua perkara yang anda suka tentang diri anda. Mungkin anda pandai memasak, suka membantu orang, atau berbakat dalam melukis. Bila anda rasa down, baca senarai ini untuk ingatkan diri tentang betapa banyaknya perkara positif tentang diri anda.
Siapa kata kita tak boleh dating dengan diri sendiri? Pergi ke kafe kegemaran anda, tonton filem di panggung, atau berjalan-jalan di taman. Luangkan masa berkualiti dengan diri sendiri dan nikmati setiap saat tanpa perlu risau tentang orang lain.
Sesekali, manjakan diri dengan membeli bunga untuk diri sendiri. Letakkan bunga itu di tempat yang anda selalu nampak, seperti meja kerja atau ruang tamu. Bunga bukan sahaja menceriakan suasana, tetapi juga mengingatkan anda tentang betapa berharganya diri anda.
Itulah beberapa cara untuk amalkan self love. Ingat, self love bukanlah tentang menjadi sempurna, tapi tentang menerima diri kita seadanya dan menghargai setiap detik kehidupan.
ᵕ̈೫˚ SEE THE ACTUAL POST ༉‧₊˚.