ABOUT

Saya gemar berkongsi segala macam perkara yang menarik minat saya. Jadi, jika anda tercari-cari blog yang memfokuskan kepada satu niche sahaja, mungkin blog ini bukan tempatnya. Tapi jika anda suka teroka pelbagai topik yang menarik, anda berada di tempat yang betul.

Saya seorang yang mempunyai pelbagai minat, jadi anda akan dapati blog ini agak rojak dengan pelbagai kandungan. Kadang-kadang anda mungkin menemui journaling prompts, diikuti dengan idea-idea menarik untuk treasure hunt, atau mungkin tips untuk AdSense. Saya suka berkongsi apa sahaja yang saya rasa bermanfaat atau menghiburkan.

Jangan risau, saya sentiasa memberikan kredit kepada pemilik asal jika saya kongsi sesuatu dari sumber lain. Jika anda pemilik kandungan yang saya kongsikan dan tidak selesa kandungan anda dikongsikan dalam blog ini, sila maklumkan kepada saya, dan saya akan segera mengeluarkannya.

Kebanyakan post dalam blog ini juga dibantu oleh Artificial Intelligence, jadi saya mohon agar anda tidak menggunakan blog saya sebagai rujukan untuk tujuan akademik. Blog ini hanyalah cozy dan safe space saya untuk berkongsi minat peribadi.

Saya harap, walaupun blog ini tidak memfokuskan kepada audien tertentu, namun masih boleh memberikan sesuatu yang bermanfaat atau sekurang-kurangnya menghiburkan kepada anda. Terima kasih kerana sudi singgah.

Instagram
SietaClaie