Banyak orang rasa tidak cukup masa dalam sehari. Sampaikan, ada yang kerja sampai malam. Balik saja rumah, buat kerja-kerja di rumah lagi. Padahal, time di rumahlah sepatutnya digunakan untuk rehat, tidur, dan recharge balik tenaga.
STOP BUANG MASA
Saya akan kongsikan tips yang simple tapi berkesan untuk elak buang masa dan tingkatkan produktiviti.
Sebelum meneruskan pembacaan, cuba fikir. Berapa banyak masa yang kau rasa terbuang setiap hari? Kalau kau rasa hari-hari macam tidak cukup masa, ini mungkin sebab kau belum buat dua langkah penting yang boleh bantu kau urus masa dengan lebih baik.
Satu cara untuk elak masalah ini adalah buat jadual. Guna kalendar online atau kalendar kertas, mana-mana yang kau prefer. Mula-mula, tulis dan jadualkan semua yang kau sudah confirm ada, macam kerja, appointment, tidur lapan jam sehari, dan sebagainya. Jangan lupa masukkan juga lunch date, dinner dengan keluarga, event, dan apa-apa yang memang kau tidak boleh atau tidak mahu miss.
Lepas itu, kau akan nampak berapa banyak masa yang kau betul-betul ada untuk buat benda lain. Mungkin tidak banyak sudah. Bila kau tahu betapa sibuknya kau, senang sikit kau mahu buat keputusan. Bila orang minta kau buat something, kau boleh refer balik kalendar tadi dan decide sama ada kau boleh bagi masa lagi untuk itu atau tidak. Senang sikit mahu cakap tidak kalau perlu.
Satu lagi cara adalah kurangkan pilihan dalam hidup. Kalau kau sudah plan awal-awal mahu makan apa hari ini, kau tidak perlu buang masa fikir apa mahu masak lagi. Sebaliknya, refer saja meal plan. Misalkan hari ini kau plan mahu masak ayam kicap untuk dinner. Keluarkan bahan-bahan yang perlu saja, prepare awal apa-apa yang boleh dan dinner akan siap lebih cepat. Kelebihan kalau ada meal plan ini sebenarnya bukan menjimatkan masa saja, tapi menjimatkan duit sebab kita beli bahan-bahan yang diperlukan saja untuk masak.
Lagi satu benda yang buang masa adalah pilih baju. Jadi, sediakan baju apa yang mahu dipakai malam sebelumnya lagi. Masa hujung minggu, asingkan baju-baju kau. Mana baju yang kau tidak pernah pakai, keluarkan dan decide mahu derma atau buang. Kalau boleh kurangkan, kurangkan lagi. Lagi sikit baju yang ada, lagi bagus. Bukan saja dapat bersiap lebih cepat tapi juga menyingkatkan masa untuk bersihkan rumah.
Segelintir dari kita juga mungkin ada banyak betul barang-barang di rumah. Itulah salah satu sebab yang buat kita banyak buang masa untuk membersihkan dan menyusun ruangan. Bila kau tahu apa yang kau ada, dan semua barang ada tempatnya, senang untuk nampak apa yang kau tidak perlu. Kalau kau tahu dalam rumah kau ada banyak tupperware, jangan fikir mahu membeli lagi. Bukan kena guna semua juga, silap-silap jadi collection saja. Melainkan kalau itu memang hobi kau, lain cerita. Kau bukan saja jimat masa tapi duit. Bila jimat duit, kurang-kurang juga stress sebab tiada duit. Next time lagi kita bercerita. Stay tuned!