Jangan Jadi Kuli Elektronik

Cover Image That Contains Title Of This Blog Post

Siapa sini yang selalu terlajak bangun sebab asyik main gadget sampai tengah malam? Sekarang ini, ramai orang ada handphone, tablet, dan laptop sendiri sampai susah mahu tidur malam. Dari tengok televisyen, scroll media sosial, check email, sampailah online shopping. Semua di hujung jari sudah.

TURN OFF YOUR GADGET

Kenapa perlu hentikan tabiat bermain gadget dan cara mudah untuk pastikan kau dapat rehat yang cukup setiap malam.

Main gadget ini memanglah fun. Kau tekan-tekan saja dapat terus info yang kau cari. Lagi-lagi, main game saja sekarang boleh dapat duit sudah. Siapa yang tidak mahu lepaskan peluang begitu. Itu sajalah, tabiat ini boleh menganggu tidur dan buat kau kurang bertenaga esok hari.

Kita semua ada yang dinamakan Circadian Rhythm. Ia berfungsi sebagai jam dalaman yang sentiasa berfungsi sepanjang hari. Jam ini yang kawal bila kau patut tidur, bila patut bangun. Masalahnya, kalau kita selalu terdedah kepada cahaya dari skrin elektronik, kitaran tidur kita jadi terganggu. 

Ada orang yang lebih sensitif sampaikan orang-orang ini lagi mudah terkesan. Jangan cakap kau tahan tukul. Semua orang memang akan terkesan, sama ada kau perasan atau tidak. Kau mungkin rasa okay sebab otak kau sibuk sepanjang hari, tapi tubuh badan kau tidak pernah menipu. Lama-lama, kau akan rasa letih dan lesu. Takut nanti nasi jadi bubur. 

Paling penting, kau kena tahu yang tenaga kau tidak akan sama sepanjang hari. Ada waktu puncak di mana kau boleh buat kerja dengan laju. Ada juga waktu down. Misalkan lepas lunch yang kau rasa mengantuk betul. Kalau kau tahu bila waktu-waktu ini berlaku, senanglah untuk kau atur hidup dan guna tenaga secara efektif.

Jadi, salah satu cara untuk jaga rhythm badan ini adalah dengan mematikan elektronik sekurang-kurangnya satu atau dua jam sebelum tidur. Kalau kau plan mahu tidur jam sebelas malam, cuba tutup tv, handphone, dan semua skrin lain pada jam sembilan atau sepuluh malam. Memang susah sikit sebab waktu inilah banyak rancangan best, tapi jangan risau.

Ada streaming, rekod. Boleh tengok keesokan hari. YouTube pun ada juga. Tidur yang cukup lagi penting daripada drama yang kau boleh ulang tayang. Macam tidak sedar diri betul saya ini. Lagi-lagi yang pencinta segala macam drama, anime, dan movie macam saya yang marathon tengok sampai ke pagi. Habit yang saya patut buang sebenarnya. Tidurlah secukupnya. Bila bangun tidur saja, terus rasa fresh, lebih bertenaga, dan tidak rasa mengantuk. Itu sajalah, sayonara!

Instagram
SietaClaie