Source From Pinterest |
I have come up with a new project called blog prompts. Ada banyak blogger yang sebenarnya sudah lama buat blog prompts begini, but here I am. Kononnya bertujuan untuk memperbanyakkan lagi post dalam blog.
BLOG PROMPTS
Blog prompts ini seperti sumber inspirasi untuk memulakan sesuatu yang menarik dan tidak terhad kepada satu topik sahaja.
Blog prompts adalah satu senarai idea atau topik yang membantu memudahkan penulisan blog. Ianya memberi panduan tentang apa yang boleh ditulis apabila anda buntu mencari idea atau ingin mencuba sesuatu yang baru.
Untuk projek blog prompts saya, saya telah mengumpulkan seratus idea dari Pinterest. Saya pilih yang paling sesuai dan yang saya rasa dapat mengekspresikan kreativiti saya dengan lebih baik. Daripada mengikuti urutan tertentu, saya memilih menggunakan spinning wheel online yang mengandungi nombor satu hingga seratus. Setiap kali saya ingin menulis, saya akan spin wheel terlebih dulu dan nombor yang terpilih akan menjadi topik yang saya akan tulis. Ini menjadikan proses penulisan lebih menyeronokkan dan penuh kejutan.
Kalau anda berminat untuk mencuba, saya sangat mengalu-alukan anda untuk turut serta dalam projek ini. Anda boleh muat turun senarai prompts saya dan mula menulis bila-bila masa yang anda suka. Tak kisahlah sama ada anda seorang blogger atau menulis di jurnal. Jika anda ada blog sendiri, saya sangat gembira jika anda sudi mention saya dan backlink ke blog saya sebagai tanda sokongan. Selamat menulis!
ᵕ̈೫˚ DOWNLOAD HERE | SPINNING WHEEL ༉‧₊˚.